Sepanjang bulan Ogos dan September pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi memenuhi bulan kemerdekaan tahun 2010. Antara aktiviti yang dijalankan iaitu pertandingan Bintang Merdeka, pertandingan menulis esei, pertandingan mewarna tahap 1, pertandingan Melukis Poster tahap 2, pertandingan Jejak Maklumat, Mengira Bendera, Kad Ucapan Kreatif dan pelbagai lagi pertandingan dijalankan. Tempoh bulan kemerdekaan selama 1 bulan kini menutup tirainya. Sk Sugud tidak ketinggalan untuk melangsungkan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan. Majlis Penutupan ditetapkan pada 29 September 2010 yang bertemakan 1 Malaysia Menjana Transformasi.
Sambutan bulan kemerdekaan ini dimulakan pada jam 7.00 pagi yang dimulai dengan senamrobik bagi membuat persiapan tenaga untuk larian bendera dari Sk Sugud ke tapak yang telah ditetapkan. Semua warga SK Sugud mengambil bahagian dalam larian ini. Sejurus larian bendera, semua warga SK Sugud berkumpul di tapak perhimpunan untuk meneruskan upacara.
Selepas acara di tapak perhimpunan semua warga SK Sugud bergerak ke dewan untuk meneruskan upacara gilang gemilang yang semestinya menjadi penantian bagi semua murid-murid. Sudah semestinya murid-murid yang mengikuti pertandingan dan aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan tidak sabar menunggu keputusan pemenang bagi setiap pertandingan disertai.
Upacara penutupan bulan kemerdekaan dapat dijalankan dengan lancar dengan kerjasama yang baik dari semua pihak. Majlis berakhir pada jam 12.50 tengah hari.
Berikut antara gambar kenang-kenangan sempena bulan kemerdekaan 2010 untuk tatapan semua.
AKTIVITI DI LUAR DEWAN (Gelagat warga SK Sugud)