Pusat Sumber

GAMBAR: PENGAWAS BERSAMA GURU PSS Pn. Norasimah Hj. Amat
TAHUN 2017



Penyelaras Pusat Sumber : Pn. Wan Nur Ardini Abdullah @ Kung Anny
PENGAWAS PUSAT SUMBER



PUSAT SUMBER SK.SUGUD,PENAMPANG

Bangunan Pusat Sumber SK.Sugud kini jauh lebih baik berbanding beberapa tahun yang lalu.Hasil daripada kekuatan,keazaman dan keprihatinan Tuan Guru Besar,En Abdul Hajis Hj.Saipuddin,maka sebuah rumah guru (papan) telah ditukar rupa dari segi fizikal luar dan dalam menjadi sebuah Pusat Sumber yang begitu selesa digunakan oleh pelajar.

Dengan kelulusan PPD Penampang,pihak sekolah telah memulakan langkah dengan menukar keadaan fizikal rumah guru yang serba kekurangan menjadi sebuah pusat sumber yang dilengkapi dengan 2 buah bilik pejabat bersaiz mini, bilik alat pandang dengar, sebuah ruangan perpustakaan buku, mini pentas dan sebuah tandas pada Disember 2005 dan siap sepenuhnya pada Januari 2006. Beliau sendiri yang memindahkan bahan dan peralatan pusat sumber dari bangunan lama ke bangunan baru.

Pada tahun 2007, Anjung I PSS telah dibina bagi menampung bilangan murid yang ramai pada sesuatu masa. Pada 2008, Anjung II ,laluan dan anjung berbumbung telah ditambah. Pada tahun ini, dengan adanya bantuan daripada para pelajar UMS membantu dalam proses menceriakan pusat sumber sekolah yang kini begitu harmoni dan selesa untuk digunakan. Dengan kerjasama daripada semua guru dan kakitangan sekolah, diharapkan keceriaan PSS akan dilaksanakan peringkat demi peringkat.
 Keadaan Pusat Sumber SK. Sugud tahun 2006

Keadaan Pusat Sumber SK. Sugud tahun 2007

Keadaan Pusat Sumber SK. Sugud tahun 2008

Keadaan Pusat Sumber SK. Sugud tahun 2009

Keadaan Pusat Sumber SK. Sugud sekarang 

Program Khidmat Bantu Pelajar Universiti Malaysia Sabah

Program Khidmat Bantu Pelajar UMS telah diadakan pada 28/2,6/3,13/3,14/3,20/3,21/3 dan 27/3/2010, manakala tarikh pemantauan dan penilaian adalah 5 April 2010. Program ini perlu dilaksanakan oleh pelajar
-->Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah sesi 2009/2010. Pelajar yang terlibat telah memilih SK Sugud untuk diberikan khidmat bantu bagi tahun 2010. Seramai 10 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan dari UMS yang menyertai program ini. Dr Sabariah Sharif pula selaku pensyarah yang memantau dan menilai hasil kerja para pelajar UMS ini. Antara tugas yang dilaksanakan adalah mengecat semula dinding luar bangunan, pagar dan anjung pusat sumber sekolah dan mengemaskini semua bahan dalam pusat sumber sekolah.

Keadaan pusat sumber sebelum khidmat bantu


Keadaan pusat sumber selepas khidmat bantu
Lawatan Dr.Sabariah Sharif untuk pemantauan dan penilaian

Baik Pulih Atap Bangunan Pusat Sumber Sekolah (PSS)
 Pada penghujung bulan disember 2011, penukaran dan membaik pulih atap bangunan PSS yang bocor telah siap dibuat.