Sunday, July 11, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SK.SRI GAYA KE SK.SUGUD


Pada 5 Julai 2010, satu lawatan sambil belajar ke pusat sumber dan unit bimbingan kaunseling yang dianggotai oleh para pelajar SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu telah diadakan di SK.Sugud. Seramai 46 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring yang menyerti lawatan ini. Lawatan ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 10.00 pagi. Antara aktiviti yang diadakan adalah lawatan sambil belajar ke pusat sumber, sesi soal jawab bersama pengawas pusat sumber, lawatan ke persekitaran sekolah dan turut diadakan aktiviti sukaneka untuk para pelajar. Lawatan ini dikendalikan oleh penyelaras pusat sumber Sk.Sugud, Pn Ruziah Ahmad.






Barisan pelajar Sk.Sri Gaya









Lawatan sambil belajar ke pusat sumber sekolah





Sesi soal jawab dengan pengawas pusat sumber sekolah







Lawatan ke persekitaran sekolah

Sunday, July 4, 2010

POST MORTEM ANALISIS PERBANDINGAN AKADEMIK SEMESTER 1


Pada 1 Julai 2010, SK.Sugud telah menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai dari PPD, Penampang untuk meninjau post mortem analisis perbandingan pencapaian akademik semester 1. Majlis dimulakan dengan ucapan guru besar SK.Sugud yang mengalu-alukan kedatangan para pegawai yang hadir. Antara perkara utama yang dibentangkan adalah analisis peperiksaan semester 1 bagi tahun 1 hingga 5 yang disampaikan oleh penolong kanan 1. Kemudian diikuti oleh analisis perbandingan peperiksaan semester 1 tahun 6 dan perbandingan KPI UPSR 2010 oleh ketua-ketua panitia. Selain itu, turut dibentangkan adalah analisis ujian saringan 1 literasi tahun 1 2010. Majlis bermula pada jam 12.30 tengahari dan berakhir pada jam 2.30 petang. Para tetamu turut dihidangkan dengan jamuan makan yang telah disediakan oleh pihak SK.Sugud.













Perbentangan daripada ketua panitia Bahasa Melayu






Perbentangan daripada ketua panitia Sains