Thursday, August 26, 2010

SEMINAR KEIBUBAPAAN

Pada 19 Ogos 2010, SK.Sugud telah mengadakan seminar keibubapaan anjuran unit bimbingan kaunseling dan unit displin yang bertempat di dewan masyarakat Kampung Sugud. Majlis dihadiri oleh para ibubapa pelajar terutamanya ibubapa pelajar yang bermasalah. Pihak sekolah telah menjemput wakil dari PPD, Penampang untuk menyampaikan ceramah kepada para ibubapa. Pengerusi majlis, Pn Venjelin Ijim memulakan majlis dan dibantu oleh guru unit bimbingan dan kaunseling, Cik Mary Saging. Ceramah yang diberikan adalah berkaitan dengan peranan ibubapa dalam mengatasi masalah pelajar seperti masalah displin, masalah ponteng dan masalah dalam pembelajaran.. Turut diadakan sesi perbincangan dalam kumpulan yang melibatkan para guru dan ibubapa. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada tetemu jemputan dan sijil penyertaan kepada ibubapa yang hadir.















Pn Venjelin selaku pengerusi majlis.














Antara ibubapa yang hadir














Wakil dari PPD, Penampang menyampaikan ceramah




























Sesi perbincangan dalam kumpulan



























Penyampaian cenderamata kepada penceramah














Penyampaian sijil penyertaan kepada ibubapa














Sesi bergambar bersama tetamu yang hadir

Wednesday, August 25, 2010

LAWATAN KE RUMAH PELAJAR YANG BERMASALAH

Guru besar SK.Sugud, En Kasbulah Mangun bersama PK1, Pn.Nasiah George, PK.Kokum Pn.Normahiran Zainon, guru displin Ustaz Ahmad Rijaluddin serta guru unit bimbingan dan kaunseling, Pn Venjelin Ijim telah melawat ke rumah pelajar SK.Sugud yang bermasalah pada 6 dan 13 Ogos yang lepas. Masalah utama yang dihadapi oleh para pelajar adalah selalu tidak hadir ke sekolah. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengenal pasti punca masalah ini dengan menemui ibu bapa pelajar. Pihak sekolah berharap dengan usaha yang dijalankan ini dapat mengurangkan peratus ketidakhadiran pelajar di sekolah ini.




























Tuesday, August 17, 2010

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN













Pada 16 Ogos 2010, pelancaran bulan kemerdekaan peringkat SK.Sugud, Penampang telah diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Pn. Nasiah George selaku penolong kanan 1 SK.Sugud telah merasmikan majlis ini. Antara acara yang diadakan sempena pelancaran ini adalah pengibaran jalur gemilang dan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh guru-guru dan para pelajar SK.Sugud.



























Sunday, August 15, 2010

MESYUARAT SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Pada 12 Ogos 2010, satu mesyuarat sempena Hari Kemerdekaan telah diadakan bertempat di bilik guru. Mesyuarat yang bermula pada jam 12.10 tengahari ini dihadiri semua guru SK.Sugud. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ini dan senarai tugas setiap kakitangan SK.Sugud. Semoga sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih meriah dan bermakna kepada seluruh warga SK.Sugud.

PEMASANGAN BENDERA JALUR GEMILANG

Sempena menyambut bulan kemerdekaan, SK.Sugud tidak ketinggalan untuk memasang bendera jalur gemilang dan bendera Negeri Sabah di segenap ruang kawasan sekolah. Ini dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan di jiwa para pelajar dan seluruh warga Sugud.





PEMASANGAN BENDERA JALUR GEMILANG

Sempena menyambut bulan kemerdekaan, SK.Sugud tidak ketinggalan untuk memasang bedera jalur gemilang dan bendera negeri Sabah

Thursday, August 12, 2010

PELANCONG JEPUN MENGUNJUNGI SK.SUGUD

Pada 5 Ogos yang lalu, seorang pelancong Jepun, Koichi Ueno yang merupakan bekas seorang guru telah melancong sambil meninjau suasana pembelajaran di SK.Sugud. Antara kelas yang beliau lawati adalah kelas tahun 1 dan pra sekolah. Beliau sempat mengambil gambar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian beliau datang ke SK.Sugud.

PELANCONG JEPUN MENGUNJUNGI SK.SUGUD


Pada 5 Ogos yang lalu, seorang pelancong Jepun, Koichi Ueno yang merupakan bekas seorang guru telah melancong sambil meninjau suasana pembelajaran di SK.Sugud. Antara kelas yang beliau lawati adalah kelas tahun 1 dan pra sekolah. Beliau sempat mengambil gambar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian beliau datang ke SK.Sugud.






Pra sekolah SK.Sugud






















Koichi Ueno sempat merasai buah yang disediakan oleh pihak sekolah

Monday, August 9, 2010

KERJA-KERJA DI BILIK PANITIA



SK.Sugud mempunyai rumah guru yang tidak lagi diduduki kerana keadaannya yang uzur. Oleh kerana keadaannya yang tidak sempurna ini, pihak sekolah telah mengambil langkah inisiatif dengan memperbaiki keadaan ini untuk dijadikan sebagai bilik panitia. Antara aktiviti yang diadakan adalah kerja membaikpulih rumah tersebut dan kerja-kerja pembersihan. Para guru juga bergotong-royong memasang karpet di dalam bilik tersebut. Proses mengemaskini dan menyusun alat bantu mengajar turut dilakukan bagi memudahkan para warga Sugud meminjam alat yang diperlukan. Bilik ini juga dijadikan sebagai tempat mengajar murid yang lemah.








































SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN















Di bulan yang penuh keberkatan ini, kami warga SK.Sugud, Penampang mangambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat islam tidak kira di mana jua berada. Semoga kehadiran yang mulia ini, sama-samalah kita meningkatkan amal ibadat kepadaNya.

Sunday, August 8, 2010

PELAKSANAAN PUNCH CARD DI SK.SUGUD


Selaras dengan teknologi terkini, SK.Sugud telah menggunakan punch card untuk memudahkan pemantauan kehadiran semua kakitangan. Punch card ini telah digunakan bermula pada 3 Ogos 2010. Dengan penggunaan punch card ini dapat meningkatkan kualiti kehadiran kakitangan SK.Sugud.

PELAKSANAAN PUNCH CARD DI SK.SUGUD

Selaras dengan teknologi terkini, SK.Sugud telah menggunakan punch card

PEMANTAUAN KEHADIRAN GURU

Pada 3 Ogos 2010, wakil dari PPD, Penampang telah datang ke SK.Sugud untuk memantau kehadiran guru. Seawal jam 6.30 pagi, En.Jonuin Sulihan telah datang ke sekolah. Pada 6 Ogos 2010 pula, Pn. Darliani Gitom hadir untuk membuat pemantauan. Semua guru memberikan kerjasama yang baik sepanjang pemantauan dijalankan.

Saturday, August 7, 2010

SKIMA PERMARKAHAN UPSR

BAHASA MELAYU
BAHAGIAN A

CEMERLANG
- 5 idea

- 9-10 markah
- 9 markah - terdapat 1-3 kesalahan
BAIK
- 4 idea

- 7-8 markah - tidak melebihi 6 kesalahan
MEMUASKAN
- 2-3 idea

- 4-5 markah
PENCAPAIAN YANG MINIMUM
- 1 idea
- 1-3 markah

BAHAGIAN B

CEMERLANG
- 4 idea

- 24-30 markah
- 28-30 markah atas
- 24-27 markah bawah
- Idea = (H+C+PD+PT)
BAIK
- 3 idea
- 17-23 markah
- 20-23 markah atas
- 17-19 markah bawah
- Idea = (H+C+PD+PT)
MEMUASKAN
- 2 idea
- 11-16 markah
- 14-16 markah atas
- 11-13 markah bawah
- Idea = kurang H+C+PD+PT
PENCAPAIAN YANG MINIMUM
- 1 idea
- 1-10 markah
- 5-10 markah atas
- 0-5 markah bawah


BAHAGIAN C

CEMERLANG
- 5 idea

- 18-20 markah
BAIK
- 4 idea
- 12-17 markah
- 15-17 markah atas
- 12-14 markah bawah

MEMUASKAN
- 3 idea
- 6-11 markah
- 9-11 markah atas
- 6-8 markah bawah

PENCAPAIAN YANG MINIMUM
- 2 idea
- 1-5 markah

BAHASA INGGERIS

MARKING SCHEME FOR QUESTION 1 AND 2B

EXCELLENT

- Excellent and confident use of the language. Subject matter is relevant. Ideas and reasons conveyed correctly and coherently. Excellent use of a variety of sentences structures, grammar, vocabulary, punctuation and spelling. Well-planned and written smoothly to sustain interest of readers.
MARKS
- 9-10
- 5

CREDIT
- Confident use of the language throughout. Subject matter is mostly relevant with most ideas and reasons correct and coherent. A variety of sentence structures with only a few grammatical errors which do not distort meaning. Proficient use of vocabulary with minor errors in punctuation.
MARKS
- 6-8

- 4

ACHIEVEMENT
- Able to use the language with some relevance in the subject matter. Ideas and reasons conveyed in simple sentence may have minor errors but meaning is still clear. Correct use of vocabulary with a few errors in punctuation abd spelling
MARKS
- 3-5

- 2-3

LOW ACHIEVEMENT
- Poor use of the language. Subject matter is partially relevent or mostly relevant. Some attempts made through chunking of words. Ideas and reasons conveyed are partially clear of mostly unclear. Limited and incorrect use of sentence structures, vocabulary, punctuation and spelling. Very poor use of the language which leads to total distortion. ( Elements of direct lifting which does not make sense)
MARKS
- 1-2

- 0-1

MARKING SCHEME FOR QUESTION 3

EXCELLENT
- Excellent and confident use of the language. Ideas conveyed clearly through a variety of sentence structures. Confident use of new words to express ideas. Ideas are well planned, relevant and are linked so as to sustain the interest of the reader. Overall accurate use of spelling and punctuation.
MARKS
- 13-15

CREDIT
- Confident use of the language throughout. Attempts made to construct a variety of sentence structure but occasional errors occur. Most ideas are well organized, relevant and conveyed clearly. Ideas are well planned but links may be absent or inappropriate but overall meaning is still clear.
MARKS
- 8-12


ACHIEVEMENT
- Generally confident use of the language. Simple sentences with minor errors but meaning is still clear. Satisfactory presentation of ideas. Vocabulary is adequate to convey meaning. A few punctuation and spelling errors may be found in the writting.
MARKS
- 4-7


LOW ACHIEVEMENT
- Poor use of the language. Multiple errors found in sentences. Ideas are incomprehensible even after a few reading. Limited and incorrect use of vocabulary. Many spelling and punctuation errors.
MARKS
- 0-3


SAINS

15 CRITERIA

C1
- Menyatakan satu penerangan yang munasabah tentang pemerhatian

C2
- Menyatakan penerangan lain yang munasabah tentang pemerhatian

C3
- Menyatakan pemerhatian tambahan untuk menguji kejituan inferens

C4
- Menyatakan apa yang akan berlaku dengan menggunakan data atau maklumat yang lepas - meramal situasi

C5
- Menyatakan apa yang akan berlaku dengan mengekstrapolasi data - meramal nombor

C6
- Membuat pernyataan tentang maksud data atau maklumat yang dikumpul

C7
- Menyatakan pola atau corak perubahan daripada maklumat yang dikumpul

C8
- Menyatakan hubungan antara pembolehubah

C9
- Membuat rumusan daripada maklumat yang diperolehi

C10
- Menyatakan pembolehubah yang perlu digunakan di dalam penyiasatan

C11
- Menyatakan pembolehubah ubah dimanipulasi

C12
- Menyatakan pembolehubah bergerak balas

C13
- Menyatakan pembolehubah ubah malar

C14
- Mencadangkan penerangan tentang hubungan antara pembolehubah

C15
- Memberi penerangan berdasarkan prinsip sains atau pengetahuan yang lepas

Thursday, August 5, 2010

MOTIVASI TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2010 SK.SUGUD



Pada 20 dan 22 Julai 2010 telah diadakan motivasi teknik menjawab soalan UPSR 2010 SK.Sugud yang melibatkan pelajar tahun 6. Pada 20 Julai 2010, Slot 1 Mathematic paper I & II yang disampaikan oleh penceramah dari SK.Tansau, Putatan iaitu Pn.Aisah Bukang dan slot 2 bagi Bahasa Melayu kertas I & II dari Pn.Saimah Zainal, Sk.Kelombong, Kota Kinabalu. Sebelum slot bermula, ucapan alu-aluan dari guru besar SK.Sugud, En.Kasbulah Mangun dimana beliau menyarankan para pelajar tahun 6 supaya mengambil peluang ini untuk bertanya seberapa banyak soalan yang mereka tidak fahami. Diakhir slot ini, penyampaian saguhati kepada para penceramah oleh Pn.Zainasa Hj.Nawab Khan selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK.Sugud. Pada 22 Julai pula, slot 1 adalah bagi matapelajaran Science paper I & II yang disampaikan oleh En.Jonatan Loo dari SK.Bahang, Penampang dan bagi slot 2, Bahasa Inggeris paper I & II oleh Pn.Olivia Chia dari SJK(c) Anglo Chinese, Penampang. Diakhir slot ini turut diadakan penyampaian saguhati kepada para penceramah oleh Pn.Nasiah George selaku Penolong Kanan Pentadbiran.

Antara penceramah yang hadir pada motivasi kali ini


























Tuesday, August 3, 2010

HARI SUKAN SK.SUGUD KALI KE-36

Pada 24 Julai 2010, Hari Sukan telah diadakan bertempat di padang SK.Sugud, Penampang. Majlis dihadiri oleh para tetamu yang terdiri daripada wakil PPD, Penampang En.Peter Sideh, pengerusi PIBG sekolah, Pn.Anita Bisius dan para ibubapa pelajar SK.Sugud. Majlis bermula pada jam 7.45 pagi dengan upacara perbarisan yang dianggotai oleh para pelajar yang mewakili setiap rumah sukan iaitu rumah waja,satria dan wira. Turut sertai perbarisan ini adalah perbarisan badan beunifrom pengakap, PBSM dan pandu puteri. Kemudian persembahan senamrobik daripada pelajar tahun 1,2,3 dan 4. Seterusnya, guru besar SK.Sugud, En Kasbulah Mangun menyampaikan ucapan sepatah dua kata dan diikuti oleh ucapan dari En Peter Sideh. Majlis diserikan lagi dengan upacara menaikkan bendera hari sukan SK.Sugud kali ke-36 ini. Antara acara sukan yang diadakan adalah lari 100m, lari 400m, lari 4x100m dan lari 2x100m lelaki dan perempuan. Turut diadakan adalah acara bagi para guru, ibubapa dan para remaja yang hadir pada hari tersebut. Antaranya adalah acara baling bola, baling botol dan masukkan gelung ke dalam bekas yang disediakan. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Pada tahun ini, rumah satria menjuarai pertandingan dengan mengumpul 10 emas, 8 perak dan 9 gangsa. Hari sukan kali ini berakhir pada jam 1.00 petang dengan jamuan makanan yang disediakan kepada para tetamu yang hadir.





Anggota rumah waja










Anggota rumah wira









Barisan anggota rumah sukan










Barisan pengakap sekolah












Barisan anggota pandu puteri













Antara peserta senamrobik


















Bendera hari sukan kali ke-36














Ucapan dari guru besar SK.Sugud, En Kasbulah Mangun













Ucapan dari wakil PPD, Penampang En.Peter Sideh






Pemberian cerderamata



















































































Penyampaikan hadiah kepada pemenang oleh En Razmeh Abd Rahman
























Rumah satria menjuarai hari sukan pada tahun ini