Thursday, October 18, 2012
GAMBAR KENANGAN TERAKHIR BERSAMA GURU BESAR (18/10/2012)
Sunday, September 9, 2012
Tuesday, August 7, 2012
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012
Friday, July 20, 2012
SUASANA KAWASAN SEKOLAH PADA 14JULAI 2012 (5.00 PETANG)
Wednesday, July 11, 2012
JAMUAN MAKAN MALAM SEMPENA HARI GURU DI HOTEL HORIZON KK
Diucapkan ribuan penghargaan dan Jasamu dikenang buat selamanya kepada..
Cikgu Pn. Molly, Cikgu Pn. Noorazizah, Cikgu En. Masuin, Cikgu Pn. Hamisah dan Ustazah Cik. Nurul Aisyah yang telah banyak menabur jasa buat warga SK Sugud yang tercinta.
Thursday, June 14, 2012
BENGKEL PEMBANGUNAN LAMAN WEB/BLOG
Thursday, June 7, 2012
Tuesday, April 17, 2012
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
Kecemerlangan pelajar bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam kepimpinan adalah merupakan antara matlamat utama Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagi mencapai hasrat tersebut semua sekolah di seluruh negara disarankan agar mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat menjana kecemerlangan pelajar untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam mendukung amanah, agama, bangsa dan negara.
Tarikh Kursus : 11 Febru0ari 2012
Hari : Sabtu
Gambar- Gambar
Wednesday, February 22, 2012
Kursus Kepimpinan Pelajar 2012
Unit Hal Ehwal Murid SK Sugud dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan badan displin sekolah telah melaksanakan satu program iaitu Kursus Kepimpinan Pelajar yang melibatkan semua pengawas,pustakawan, dan ketua darjah. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada bakal-bakal pemimpin di sekolah ini agar mereka akan lebih berkeyakinan, mempunyai semangat jati diri yang kental,bekerjasama,mempunyai kekuatan mental dan ketahanan emosi dalam mengharungi kehidupan seharian dan cabaran hidup semasa menjalankan tugas. Kursus ini bermatlamat melahirkan golongan pelajar yang bermatlamat, bermotivasi tinggi, rajin, tekun dan sentiasa berkesanggupan membantu sekolah dalam pelbagai tugas kepimpinan.
Kursus Kepimpinan ini dijalankan pada 11 Februari 2012. Sepanjang perjalanan Kursus ini, semua peserta kursus melibatkan diri dalam 2 Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh beberapa guru. Pada 11 Februari 2012, Kursus Kepimpinan di mulakan dengann taklimat yang disampaikan oleh En. Mat Kassim . Seterusnya, kursus dimulakan dengan Latihan dalam kumpulan . Fasilitator yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan slot ini adalah Cik Mary, Pn. Bernadette, Pn. Venjelin, En.Muhd Syukri, Ust. Ahmad Rijalludin, En. Ibrahim dan En. Mohd Nor. Pada hari yang sama juga,peserta kursus diberi latihan dalam menghafal bacaan ikrar dengan suara yang lantang dan jelas.
Masa terakhir kursus, peserta kursus telah diberi peluang mengikuti Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh fasilitator dalaman, iaitu En. Hamzah. Slot penutup bagi Kursus Kepimpinan telah diadakan pada hari Isnin 13 Februari 2012 dengan mengadakan majlis watikah perlantikan yang disampaikan oleh En. Kasbulah Mangun, Guru besar.