Wednesday, February 22, 2012

Kursus Kepimpinan Pelajar 2012

Unit Hal Ehwal Murid SK Sugud dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan badan displin sekolah telah melaksanakan satu program iaitu Kursus Kepimpinan Pelajar yang melibatkan semua pengawas,pustakawan, dan ketua darjah. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada bakal-bakal pemimpin di sekolah ini agar mereka akan lebih berkeyakinan, mempunyai semangat jati diri yang kental,bekerjasama,mempunyai kekuatan mental dan ketahanan emosi dalam mengharungi kehidupan seharian dan cabaran hidup semasa menjalankan tugas. Kursus ini bermatlamat melahirkan golongan pelajar yang bermatlamat, bermotivasi tinggi, rajin, tekun dan sentiasa berkesanggupan membantu sekolah dalam pelbagai tugas kepimpinan.

Kursus Kepimpinan ini dijalankan pada 11 Februari 2012. Sepanjang perjalanan Kursus ini, semua peserta kursus melibatkan diri dalam 2 Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh beberapa guru. Pada 11 Februari 2012, Kursus Kepimpinan di mulakan dengann taklimat yang disampaikan oleh En. Mat Kassim . Seterusnya, kursus dimulakan dengan Latihan dalam kumpulan . Fasilitator yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan slot ini adalah Cik Mary, Pn. Bernadette, Pn. Venjelin, En.Muhd Syukri, Ust. Ahmad Rijalludin, En. Ibrahim dan En. Mohd Nor. Pada hari yang sama juga,peserta kursus diberi latihan dalam menghafal bacaan ikrar dengan suara yang lantang dan jelas.

Masa terakhir kursus, peserta kursus telah diberi peluang mengikuti Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh fasilitator dalaman, iaitu En. Hamzah. Slot penutup bagi Kursus Kepimpinan telah diadakan pada hari Isnin 13 Februari 2012 dengan mengadakan majlis watikah perlantikan yang disampaikan oleh En. Kasbulah Mangun, Guru besar.