Wednesday, April 6, 2011

Minggu Pendidikan Pencegahan AntiDadah 2011

Bersamaan pada 21.03.2011 hari Isnin minggu AntiDadah telah dirasmikan oleh Guru Besar Sk Sugud En. Kasbulah Mangun dengan disaksikan oleh semua guru dan murid Sk Sugud. Program tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua warga Sugud betapa bahayanya dadah kepada setian insan yang mengambil dadah. Sepanjang program tersebut, pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan menyediakan buku skrap, deklamasi sajak, kuiz, mewarna, melukis, ceramah, menonton video dan pameran.

Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran penceramah dari agensi luar seperti Agensi Antidadah Kebangsaan, PUSPEN dan PEMADAM. Kehadiran mereka sedikit sebanyak dapat membuka ruang minda dan fikiran yang hadir supaya terus menjauhi dadah di dalam kehidupan mereka seharian.

Penutupan Minggu Antidadah ini telah dilangsungkan pada 02.04.2011 dan telah dilaksanakan oleh Ybhg Datuk John Ambrose Dumpango.

Pelbagai rentetan peristiwa dan kenangan yang dirasai oleh setiap warga Sugud sepanjang program ini dijalankan. Tahniah diucapkan kepada semua guru & staff yang telah menjayakan program tersebut....



MAJIS PENUTUPAN MINGGU ANTIDADAH 2011






























AKTIVITI MEWARNA









AKTIVITI MELUKIS



Friday, February 4, 2011

sukan tahunan zon 2 penampang

Kesibukan terasa sejak awal sekolah dibuka dengan melatih atlet dalam persiapan untuk menghadapi sukan zon yang berlangsung pada 24-25 Januari 2011. Seramai 7 buah sekolah dari Zon 2 Penampang yang mengambil bahagian dalam acara sukan ini. Masing-masing mempunyai kehebatan dan ketangkasan tersendiri untuk mengalahkan lawan dengan tujuan mencapai kemenangan. SK Sugud, walaupun dengan kekurangan fasiliti sukan di sekolah, namun semangat kesukanan tetap utuh dan dengan hanya keazaman yang mampu mengubah semuanya. Tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh atlet dan sekolah untuk melihat sejauh manakah atlet sekolah mampu bersaing dalam acara yang dipertandingkan kelak. Berkat usaha yang gigih sekolah SK Sugud mampu meraih 2 gangsa dan 1 perak. Tahniah diucapkan kepada atlet yang berjaya. Kepada atlet yang belum berjaya, teruskan usaha....

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA" SK SUGUD BOLEH!

GAMBAR-GAMBAR SAAT MANIS MENJELANGNYA SUKAN TAHUNAN ZON 2 PENAMPANG


Monday, January 24, 2011

SUKAN ZON 2, PENAMPANG



Pada 24 dan 25 Januari 2011, Pasukan SK. Sugud telah menyertai Sukan Zon 2, Penampang. Sukan tersebut diadakan di Kompleks Penampang. Semua Acara yang dipertandingkan oleh penganjur disertai oleh Pasukan Sekolah. Pasukan Sekolah juga mengikuti pertandingan perbarisan dan persembahan tarian pom-pom. Pasukan sekolah terdiri daripada 30 atlit dan 30 orang perbarisan dan 30 orang tarian pom-pom.

Wednesday, January 19, 2011

Aktiviti Gotong-royong Ubah Suai Bilik Guru





Aktiviti ini telah diadakan pada 8hb Jan 2011 (Sabtu) yang lalu di bilik guru SK. Sugud dan disertai oleh sebahagian besar guru-guru SK. Sugud. Aktiviti gotong-royong mengecat bilik guru pula diadakan pada 15hb Jan 2011 iaitu pada hari Sabtu minggu yang berikutnya. Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar sepanjang aktiviti tersebut diadakan.

Aktiviti Gotong-royong di Bilik Guru SK. Sugud




Berikut adalah sebahagian daripada gambar gotong-royong mengubah suai bilik guru SK. Sugud pada 8hb Jan 2011 dan aktiviti mengecat bilik guru pada 15hb Jan 2011. Kedua-dua aktiviti tersebut diadakan pada hari Sabtu.