Tuesday, April 17, 2012

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

Kecemerlangan pelajar bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam kepimpinan adalah merupakan antara matlamat utama Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagi mencapai hasrat tersebut semua sekolah di seluruh negara disarankan agar mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat menjana kecemerlangan pelajar untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam mendukung amanah, agama, bangsa dan negara.

Tarikh Kursus : 11 Febru0ari 2012

Hari : Sabtu


Gambar- Gambar



Wednesday, February 22, 2012

Kursus Kepimpinan Pelajar 2012

Unit Hal Ehwal Murid SK Sugud dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan badan displin sekolah telah melaksanakan satu program iaitu Kursus Kepimpinan Pelajar yang melibatkan semua pengawas,pustakawan, dan ketua darjah. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada bakal-bakal pemimpin di sekolah ini agar mereka akan lebih berkeyakinan, mempunyai semangat jati diri yang kental,bekerjasama,mempunyai kekuatan mental dan ketahanan emosi dalam mengharungi kehidupan seharian dan cabaran hidup semasa menjalankan tugas. Kursus ini bermatlamat melahirkan golongan pelajar yang bermatlamat, bermotivasi tinggi, rajin, tekun dan sentiasa berkesanggupan membantu sekolah dalam pelbagai tugas kepimpinan.

Kursus Kepimpinan ini dijalankan pada 11 Februari 2012. Sepanjang perjalanan Kursus ini, semua peserta kursus melibatkan diri dalam 2 Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh beberapa guru. Pada 11 Februari 2012, Kursus Kepimpinan di mulakan dengann taklimat yang disampaikan oleh En. Mat Kassim . Seterusnya, kursus dimulakan dengan Latihan dalam kumpulan . Fasilitator yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan slot ini adalah Cik Mary, Pn. Bernadette, Pn. Venjelin, En.Muhd Syukri, Ust. Ahmad Rijalludin, En. Ibrahim dan En. Mohd Nor. Pada hari yang sama juga,peserta kursus diberi latihan dalam menghafal bacaan ikrar dengan suara yang lantang dan jelas.

Masa terakhir kursus, peserta kursus telah diberi peluang mengikuti Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh fasilitator dalaman, iaitu En. Hamzah. Slot penutup bagi Kursus Kepimpinan telah diadakan pada hari Isnin 13 Februari 2012 dengan mengadakan majlis watikah perlantikan yang disampaikan oleh En. Kasbulah Mangun, Guru besar.

Tuesday, November 22, 2011

MAJLIS KECEMERLANGAN PELAJAR 2011

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.
Tahniah dan Syabas kepada semua warga Sk Sugud di atas kejayaan melaksanakan Majlis Kecemerlangan Pelajar yang berlangsung pada 12 November 2011. Atas kerjasama dan usaha gigih dari semua pihak, maka wujudlah hari yang bermakna buat pelajar2 SK Sugud ini.

Setiap kejayaan yang diraih yang dicapai mesti di dahului dengan usaha dan semangat yang kuat. Tanpa usaha sia-sia lah impian. Untuk menghargai usaha para pelajar SK Sugud, pelbagai anugerah yang telah diberikan.

Kepada pelajar yang berjaya TAHNIAH!!!...kepada pelajar yang kurang berjaya..teruskan usaha anda..Jangan berputus asa...kerana setiap kita dilahirkan menjadi insan yang hebat..

Sekian....

Selamat Bercuti kepada semua murid dan guru2 Sk Sugud

Wednesday, April 6, 2011

Minggu Pendidikan Pencegahan AntiDadah 2011

Bersamaan pada 21.03.2011 hari Isnin minggu AntiDadah telah dirasmikan oleh Guru Besar Sk Sugud En. Kasbulah Mangun dengan disaksikan oleh semua guru dan murid Sk Sugud. Program tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua warga Sugud betapa bahayanya dadah kepada setian insan yang mengambil dadah. Sepanjang program tersebut, pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan menyediakan buku skrap, deklamasi sajak, kuiz, mewarna, melukis, ceramah, menonton video dan pameran.

Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran penceramah dari agensi luar seperti Agensi Antidadah Kebangsaan, PUSPEN dan PEMADAM. Kehadiran mereka sedikit sebanyak dapat membuka ruang minda dan fikiran yang hadir supaya terus menjauhi dadah di dalam kehidupan mereka seharian.

Penutupan Minggu Antidadah ini telah dilangsungkan pada 02.04.2011 dan telah dilaksanakan oleh Ybhg Datuk John Ambrose Dumpango.

Pelbagai rentetan peristiwa dan kenangan yang dirasai oleh setiap warga Sugud sepanjang program ini dijalankan. Tahniah diucapkan kepada semua guru & staff yang telah menjayakan program tersebut....



MAJIS PENUTUPAN MINGGU ANTIDADAH 2011






























AKTIVITI MEWARNA









AKTIVITI MELUKIS