Monday, January 24, 2011
SUKAN ZON 2, PENAMPANG
Saturday, January 22, 2011
Wednesday, January 19, 2011
Aktiviti Gotong-royong Ubah Suai Bilik Guru
Aktiviti Gotong-royong di Bilik Guru SK. Sugud
Tuesday, October 12, 2010
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA / KOKURIKULUM 2010
Majlis ini dimulakan pada jam 7.00 pagi dengan alunan muzik raya dan pelbagai lagi. Sudah semestinya majlis ini tidak ceria sekiranya kelibat murid-murid yang mencuit hati dengan gaya dan penampilan yang melucukan.
Untuk memulakan majlis sambutan tersebut, bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Muhd Syukri seterusnya ucapan daripada pengerusi program dan juga guru besar SK Sugud.
Majlis terus disambung dengan aktiviti makan dan berakhir pada jam 12 tengah hari
ACARA MAKAN-MAKAN
Monday, October 11, 2010
MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2010
Tempoh bulan kemerdekaan selama 1 bulan kini menutup tirainya. Sk Sugud tidak ketinggalan untuk melangsungkan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan. Majlis Penutupan ditetapkan pada 29 September 2010 yang bertemakan 1 Malaysia Menjana Transformasi.
Sambutan bulan kemerdekaan ini dimulakan pada jam 7.00 pagi yang dimulai dengan senamrobik bagi membuat persiapan tenaga untuk larian bendera dari Sk Sugud ke tapak yang telah ditetapkan. Semua warga SK Sugud mengambil bahagian dalam larian ini. Sejurus larian bendera, semua warga SK Sugud berkumpul di tapak perhimpunan untuk meneruskan upacara.
Selepas acara di tapak perhimpunan semua warga SK Sugud bergerak ke dewan untuk meneruskan upacara gilang gemilang yang semestinya menjadi penantian bagi semua murid-murid. Sudah semestinya murid-murid yang mengikuti pertandingan dan aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan tidak sabar menunggu keputusan pemenang bagi setiap pertandingan disertai.
Upacara penutupan bulan kemerdekaan dapat dijalankan dengan lancar dengan kerjasama yang baik dari semua pihak. Majlis berakhir pada jam 12.50 tengah hari.
Berikut antara gambar kenang-kenangan sempena bulan kemerdekaan 2010 untuk tatapan semua.
AKTIVITI DI LUAR DEWAN (Gelagat warga SK Sugud)


LARIAN BENDERA

SUASANA DI DALAM DEWAN
Wajah-wajah anak merdeka
Penyanyi yang di import
Masa untuk rehat
Antara pemenang-pemenang yang menerima hadiah
Persembahan dari si celik