Thursday, April 29, 2010

MAJLIS PERPISAHAN

Pada 29 April 2010, satu majlis perpisahan telah diadakan sempena meraikan minggu terakhir para guru pelatih dari Institut Perguruan Gaya, Kota Kinabalu setelah menjalani kursus PISMP di S.K.Sugud selama 3 bulan. Mohd Syed Raffie, Mohd Shah Haji Mursidi, Marina bt Indan dan Vrinllyne Jimmy adalah guru pelatih yang berjaya menamatkan kursus PISMP di S.K.Sugud ini. Majlis diadakan di makmal komputer sekolah dan dihadiri oleh semua guru dan kakitangan S.K.Sugud.

Pihak sekolah memberikan cenderahati kepada guru pelatih di S.K.Sugud







































































Jamuan makan turut disediakan

Wednesday, April 28, 2010

SUMBANGAN DARIPADA Y.B TAN SRI BERNARD G. DOMPOK


S.K.Sugud telah menerima sumbangan daripada Y.B. Tan Sri Bernard G. Dompok, ahli parlimen P174, Penampang pada 10 April 2010. Sumbangan berupa peralatan pembersihan seperti kereta sorong, cangkul dah hose. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas sumbangan yang telah diberikan.

Monday, April 26, 2010

LAWATAN PEGAWAI MAKLUMAT

Pada 14 April 2010, satu rombongan dari Jabatan Pelajaran Sabah dari Unit Maklumat yang diketuai oleh En.Francis Langkab, Penolong Pengarah Sektor ICT telah melawat ke S.K.Sugud bagi melakukan pemantauan Fail Emis Data Sekolah.

Sesi perbincangan di antara pegawai ICT dan pihak sekolah















AKTIVITI HARIAN PELAJAR S.K.SUGUD

Setiap hari pelajar S.K.Sugud sentiasa menggunakan pusat akses sekolah samada di waktu rehat atau selepas waktu tamat pembelajaran. Ini merupakan budaya yang cukup baik untuk diserapkan oleh para pelajar. Pihak sekolah berharap budaya ini akan berterusan untuk melahirkan pelajar yang celik IT dan mengaplikasikan teknologi untuk tujuan pembelajaran.

Minat dan kesungguhan para pelajar

PROGRAM SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI) SESI 2009/2010

Pada 12 April 2010, seramai 3 orang pegawai daripada Jabatan Perhutanan Sabah iaitu Awang Samad B. Kamin, Marie Christine Robert dan Vallentine Sebastian telah membuat lawatan SERASI ke S.K.Sugud pada jam 9.00 hingga 11.00 pagi. S.K.Sugud telah terpilih untuk menyertai program SERASI ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk pengadilan peringkat kedua Program Sekolah Rakan Alam Sekitar ini. Lawatan ini diiringi oleh penolong kanan hal ehwal murid iaitu Pn.Zairnasa Haji Nawab Khan dan turut dibantu oleh Pn.Elsie Sibatin.





























Sesi soal jawab antara pihak pegawai dengan pihak sekolah





























Sesi penilaian dijalankan

Thursday, April 22, 2010

AKTIVITI MENCERIAKAN SEKOLAH

Aktiviti menceriakan sekolah sentiasa dilaksanakan di S.K.Sugud. Dengan kerjasama daripada pihak guru serta semua kakitangan sekolah, terutamanya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Zairnasa Hj.N.Khan dan guru-guru pelatih yang bersama-sama berganding bahu dalam meningkatkan tahap keceriaan sekolah.















Pn Zairnasa menceriakan dinding sekolah
















Turut serta guru prasekolah Cik Norsiah Derus















Guru pelatih melukis gambar di pintu masuk sekolah

MINGGU ANTI DADAH

Pelancaran minggu anti dadah peringkat S.K.Sugud anjuran PPDa dan UBK telah diadakan pada 19 April 2010 oleh guru besar S.K.sugud, En.Kasbulah Mangun. Terdapat banyak aktiviti yang diadakan iaitu pertandingan melukis dan mewarna poster anti dadah, ceramah berkaitan dengan keburukan dan bahayanya dadah yang melibatkan pelajar tahap 2 S.K.Sugud. Seterusnya turut diadakan pertandingan mendeklamasikan sajak bertempat di pusat sumber sekolah. Selain itu, sudut pameran turut disediakan di blok bilik darjah supaya memudahkan para pelajar melihat dengan lebih dekat lagi dan memahami penyalahgunaan dadah. Dengan adanya minggu anti dadah ini, pelajar S.K.Sugud dapat memanfaatkan segala aktiviti yang telah diadakan untuk menjauhkan diri daripada gejala yang tidak bermoral ini dan mempertingkatkan lagi pengetahuan mengenai dadah.















Sudut pameran anti dadah





























Pertandingan mewarna poster



















Pertandingan mendeklamasi sajak














Antara hasil seni pemenang mewarna poster tahap satu














Antara hasil kreatif pemenang mewarna poster tahap 2



















Hasil karya pemenang melukis poster tahap 2















Antara barisan pemenang

Tuesday, April 20, 2010

Mesyuarat Staff

Pada 20 April 2010, satu lagi mesyuarat staff diadakan di bilik pentadbiran S.K.Sugud. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan guru besar S.K.sugud, En.Kasbulah Mangun. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai pelunjuran dan target UPSR 2010, kemudian menjurus kepada pelan tindakan bagi setiap panitia. Mesyuarat dihadiri oleh semua staff S.K.Sugud.

PERLAWANAN BOLA BALING

Pada 14 April 2010, pasukan bola baling lelaki dan perempuan S.K.Sugud telah menyertai kejohanan bola baling MSSD bawah 12 tahun, peringkat Penampang bertempat di Kompleks Sukan Penampang. Perlawanan bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada 5.00 petang. Bagi pasukan lelaki, pencapaian hanyalah di pusingan pertama sahaja, manakala bagi pasukan perempuan pula, pencapaiannya adalah di tempat ke-4 daripada 9 kumpulan yang menyertai kejohanan ini. Walaubagaimanapun, kekalahan ini tidak mematahkan semangat para pelajar S.K.Sugud untuk berusaha di masa akan datang.






















Aksi para pemain ketika di atas padang













Ketangkasan penjaga gol pasukan perempuan











Barisan pemain S.K.Sugud

Tuesday, April 13, 2010

LAWATAN PPD KE S.K.SUGUD

Pada 12 April 2010, S.K.Sugud telah menjadi sekolah ke-17 yang dilawati oleh PPD penampang. Tujuan lawatan ini adalah untuk memantau pelunjuran pencapaian UPSR S.K.Sugud. Seramai 7 orang pegawai daripada PPD yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah, En. Denis Gompion telah hadir ke sekolah jam 12.30 tengahari. Program ini diadakan di makmal komputer S.K.Sugud. Acara dimulakan dengan ucapan Guru Besar , En Kasbulah Mangun , dimana beliau memperkenalkan serba sedikit latar belakang S.K.Sugud dan pentadbirannya. selepas itu diikuti dengan pembentangan daripada setiausaha peperiksaan sekolah mengenali analisa pencapaian UPSR 2005-2009. Selepas itu pembentangan oleh setiap ketua panitia mata pelajaran teras sekolah iaitu Pn. Lauren Tunging selaku ketua panitia bahasa melayu, Pn. Norashimah Hj Amat,ketua panitia matematik, Pn.Molly Hiew ketua panitia bahasa inggeris dan ketua panitia sains Cik Felicity a Sitabal. Selepas pembentangan oleh ketua-ketua panitia, sessi soal jawab diadakan antara guru-guru dengan Pegawai Pelajaran Daerah dan rombongan . Acara berjalan dengan sempurna dan diakhiri dengan jamuan yang telah disediakan oleh pihak sekolah.







Antara pegawai PPD yang hadir











Guru besar S.K.Sugud dengan pegawai PPD










Sesi pelunjuran UPSR
















Soal jawab pihak sekolah dengan PPD






















Para tetamu menikmati juadah yang disediakan






Saturday, April 10, 2010

KEM BESTARI SOLAT

S.K.Sugud telah menganjurkan satu Kem Bestari Solat pada 9 April 2010 bertempat di Bilik Pendidikan Islam S.K.Sugud. Kem ini melibatkan semua murid yang beragama Islam tahun 1 & 2 iaitu seramai 10 orang pelajar. Antara objektif kem ini diadakan adalah untuk mendedahkan para murid cara-cara berwuduk dan melaksanakannya dengan sempurna. Kem ini dipengerusikan oleh En.Ahmad Rijaluddin bin M.Ramli, disamping setiausaha, En Muhammad Syukri Bin Mat Don Ya dan bendahari En Hamzah bin Ismail.






Ustaz Syukri sedang memberi tunjuk ajar kepada murid-murid














Sesi latihan mengambil wuduk









PERLAWANAN BOLA SEPAK

Setiap tahun, pasukan bola sepak SK.Sugud Penampang tidak pernah ketinggalan menyertai pertandingan bola sepak bawah 12 tahun peringkat daerah Penampang.
Baru-baru ini, pada 8 dan 9 April 2010 pertandingan bola sepak bawah 12 tahun anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Penampang telah diadakan di padang S.K.Bahang, Penampang. SK. Sugud telah menyertai pertandingan tersebut, seramai 12 orang pemain telah terpilih untuk mewakili pasukan SK.Sugud. Turut serta mengiringi pasukan SK. Sugud ialah Pengurus Pasukan cikgu Baptis Mairon, Ketua Jurulatih Cikgu Arman Ismail dan Penolong Jurulatih Cikgu Hamzah Ismail. Pasukan SK.Sugud hanya mendapat tempat ke-3 dalam kumpulan.








Pasukan bola sepak SK. Sugud dan
SK. ST. Joseph











Perlawanan persahabatan antara kedua-dua sekolah diadakan di padang SK. Sugud.

Monday, April 5, 2010

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS





S.K. Sugud telah mengadakan satu kursus kepimpinan pengawas pada 20 Februari 2010 bertempat di Dewan Sekolah S.K. Sugud. Seramai 68 orang pelajar tahun 1 hingga tahun 6 terlibat dalam kursus ini. Mereka terdiri dari Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Bilik Makmal Sekolah , ketua Kelas dan Timbalan Ketua Kelas. Antara objektif kursus ini adalah memberi pendedahan kepada pelajar tanggungjawab seorang pengawas dan memantapkan kefahaman para pelajar serta memberi keyakinan diri dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas. Kursus dimulakan dengan taklimat oleh Puan Zairnasa Hj. Nawab Khan selaku PK HEM sekolah. Antara acara yang dijalankan adalah "Ice Breaking" di gelanggang sekolah. Turut dimuatkan adalah ceramah oleh cikgu Hamzah Ismail yang bertajuk "Peranan Pengawas, Ketua Kelas & Penolong". Majlis penutupan kursus disempurnakan oleh Guru Besar sekolah , En. Kasbulah Mangun. Kursus ini berakhir tepat jam 2.45 petang.