Tuesday, September 9, 2014

Selamat menduduki UPSR 2014 tahun 6 2014, Semoga Bejaya! 5A

Wednesday, June 11, 2014

Sambutan Majlis Hari Guru 2014

Pada 26 Mei 2014, Sekolah kita telah mengadakan sambutan Majlis Hari Guru dan Hari Jadi kepada guru, staf serta pelajar yang lahir pada bulan Mei. Beberapa persembahan telah dijalankan sempena hari tersebut seperti lakonan, membaca sajak dan sebagainya.













Monday, March 24, 2014

KELAS TAMBAHAN TAHUN 6, TAHUN 2014

Kepada semua murid tahun 6, sila datang ke kelas tambahan mengikut jadual yang tertera di bawah ini, kehadiran adalah wajib:


PROGRAM MOTIVASI PELAJAR UPSR TAHUN 2014

Kepada semua murid yang terlibat, sila menghadiri Program Motivasi Pelajar UPSR mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 22 April 2014 (selasa)
Tempat: Dewan Tun Fuad Stephens, Penampang
Masa: 8.oo Pagi - 12.30 Tengahari
Kumpulan Sasar: Semua Murid Tahun 6 SK Sugud, Penampang
Sekolah Terlibat: SK St. Aloysius, SK Bahang, SK Puun Tunoh, & SK Sugud


Monday, February 10, 2014

PEMANTAUAN JEMAAH NAZIR

PEMANTAUAN JEMAAH NAZIR KE
 SK Sugud, Penampang

Pada 11 Februari 2014 (Selasa), Sekolah kita telah dilawati dan dipantau oleh Jemaah NAZIR.
Dengan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga SK Sugud yang yang telah memberikan kerjasama serta usaha yang gigih. Semoga usaha kita selama ini mendapat kejayaan..



Tuesday, February 4, 2014

Majlis Sukan Sekolah Sesi 2014

Tahniah kapada semua yang terlibat sehingga dapat menjayakan MSS 2014.

Berikut adalah kedudukan tangga sekolah menyeluruh:
1. SJK(C) Yue Min
2. SK Bahang
3. SK St. Anthony
4. SK Puun Tunoh
5. Sekolah kita iaitu masing-masing telah mendapat pingat 1 Emas dalam acara 80 meter lari berpagar (Adik Freddie Severinus), 1 Perak acara lompat jauh (Adik Chanty Simuh) dan diikuti 1 gangsa dalam acara lari 4 X 200.
6. SK St. Aloysius

Tahniah diucapkan sekali lagi walaupun sekolah kita hanya di tangga yang tidak seberapa dan semoga ia dijadikan suatu permulaan untuk menambahkan lagi pingat dia masa akan datang buat semua.

Tuesday, January 14, 2014

Majlis Sukan Sekolah Sesi 2014

Pada 23-24 Januari 2014 (Hari Khamis dan Jumaat) akan diadakan Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon 2 bertempat di Kompleks Sukan Penampang yang disertai oleh sekolah-sekolah berikut:

1. SK Sugud (Tuan Rumah)
2. SK St. Aloysius
3. SK St. Anthony
4. SK Puun Tunoh
5. SJK(C) Yue Min
6. SK Bahang

Semoga semua peserta akan mempunyai persediaan sukan yang terbaik.

'MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA'

Pengumuman

Kepada murid-murid tahun lima (5) bagi tahun 2014, sila hadir ke kelas  Education Foundation/Yayasan Pendidikan INDEP (IEF). Bermula pada 9 Januari 2014 jam 1.30-4.30 petang. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Guru Kelas anda. Sekian.