Senarai Program

 Majlis Perasmian Penutupan Program Kecemerlangan Murid UPSR 

Tarikh: 25 April 2017 (Selasa)
Tempat: Dewan Mini Kampung Sugud
Masa: 8.00 Pagi




 

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2016









Lawatan Sambil Belajar ke RTM dan Zoo
Pada 09 Oktober 2012, Program Lawatan Sambil Belajar (Siri II) telah diadakan iaitu melawat RTM di Kota Kinabalu, dan Zoo Lok Kawi Sabah.
 





Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Labuan, Sabah.

Pada 14-16 september 2012 (3 hari 2 malam), Program Lawatan sambil belajar ke Pulau Labuan telah diadakan dan disertai 7 orang guru diikuti murid-murid tahun 6. Semua peserta telah menginap di tingkat 16, Hotel Beta Labuan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan tersebut adalah melawat Taman Burung, Muzium Marin, Memorial Park, Taman Damai, Muzium Chimney, serta mengelilingi pulau tersebut dengan menaiki 2 buah bas. semua acara dapat berjalan dengan lancar..

 




Lawatan Sambil Belajar Ke Tenom

Pada 16-18 September 2011 (3hari 2 malam), pihak sekolah telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar khas untuk murid-murid tahun 6 yang telah selesai menduduki UPSR 2011 bersama guru-guru sebagai fasalitaor ke tempat-tempat menarik di Daerah Tenom, seperti Taman Pertanian, Taman Buaya, Pameran ikan arowana, Rumah Kebudayaan Murut, Kilang Kopi Yit Foh dan Tugu Antanom. 
Selain itu juga, acara perlawanan futsal persahabatan antara pasukan murid kita dengan murid SK Chinta Mata, Tenom serta guru-guru turut diadakan di gelanggang futsal tenom. Semua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan sempurna.

 
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011

Pada 12 November 2011, jam 8.00 pagi hingga 11.00 tengah hari bertempat di Dewan Mini Serbaguna Kampung Sugud Penampang. telah diadakan satu majlis yang penuh meriah iaitu Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Pelbagai jenis persembahan telah dihidangkan oleh murid-murid yang sangat menarik. Objektif majlis ini adalah memberi penghargaan kepada semua murid-murid yang telah berjaya dan lulus dalam peperiksaan UPSR serta peperiksaan akhir tahun. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya teruskan usaha. 






Seminar Kecemerlangan UPSR 2010

Seramai 5 orang murid dari sekolah ini dicalonkan untuk mengikuti Seminar Kecemerlangan UPSR 2010 anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah Penampang dan Majlis Guru Besar Daerah Penampang. Seminar tersebut telah diadakan pada 12.03.2010 ( Jumaat ) bertempat di Dewan Tun Fuad, Penampang.Seminar tersebut berlangsung selama satu hari dan akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Bernard G. Dompok Ahli Parlimen P174, Penampang.
 Guru pengiring, Cikgu Elsie bersama pelajar-pelajar dari SK. Sugud, Penampang
 MTQ Peringkat Daerah Penampang
Pada 4 Mac 2010 yang lalu, SK Sugud telah menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Bercerita bagi sekolah rendah dan Syarahan bagi sekolah menengah Daerah Penampang. Sebanyak 18 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan sekolah rendah Daerah Penampang telah mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita dan 12 orang murid sekolah menengah yang mengambil bahagian dalam pertandingan syaraha.Acara bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30. Majlis penutupan aktiviti dilaksanakan oleh Penyelia Agama, PPD Penampang.
 Sebahagian daripada para peserta
 Sebahagian daripada jemputan

Guru Besar SK Sugud bagi pihak sekolah menerima cendera kenangan dari wakil Pegawai Pelajaran Daerah Penampang


Program penyerahan anak angkat
 
Pada 18 Februari 2010, jam 8.30 hingga 10.40 pagi bertempat di Dewan Mini Serbaguna Kg. Sugud, Penampang telah diadakan satu majlis yang penuh meriah iaitu Majlis Penyerahan Anak Angkat kepada guru-guru pembimbing. Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk membimbing murid supaya bersedia menghadapi UPSR terutama dalam memberi penjelasan kepada mata pelajaran teras.  Seramai 21 guru yang menghadirkan diri ke majlis tersebut, kecuali Cik Norsiah Derus selaku guru pra sekolah yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu. Turut hadir adalah ibubapa para pelajar seramai 25 orang dan 46 pelajar S.K Sugud.
Pembuka tirai majlis, ucapan daripada Guru Besar S.K Sugud

Sebahagian guru yang hadir

Ibubapa yang turut hadir

Sebahagian para pelajar yang terlibat dalam program ini

Sesi penyerahan anak angkat

Para jemputan sedang menikmati juadah yang disediakan


Lawatan sambil belajar ke Universiti Malaysia Sabah

Pada 29 Mac 2010, satu lawatan sambil belajar telah diadakan ke Universiti Malaysia Sabah. Lawatan ini dianjurkan oleh mahasiswa dan mahasiswi Kursus Teknologi dan Pusat Sumber Pendidikan dan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial sesi 2009/2010. Seramai 140 orang pelajar daripada beberapa buah sekolah rendah dan menengah di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Tamparuli dan Tuaran telah dijemput menyertai program Hari Bersama UMS sebagai tanda sokongan terhadap institusi tersebut. S.K.Sugud merupakan satu-satunya sekolah yang dijemput hadir. Seramai 4 orang pengawas sekolah, 13 orang pengawas pusat sumber, 2 orang pengawas akses serta seorang guru pengiring, Pn Ruziah Ahmad yang menyertai lawatan ini. Antara tempat yang dilawati adalah muzium canselori, galeri sukan, muzium marin serta galeri.

 Barisan pelajar yang hadir

Muzium marin

Galeri sukan
--> --> -->