Tuesday, November 16, 2021

Banjir Kilat melanda sekolah

Sedikit sedutan kronologi banjir lumpur pada 15 September 2021 yang menakutkan telah melanda sekolah. 

Kira-kira pada jam 2.00 petang hujan telah turun dengan sangat lebat sehinggalah lewat malam mengakibatkan banjir lumpur sedalam 2 meter dengan ombak setinggi 10 kaki. banjir ini telah meranapkan semua harta benda termasuklah kereta-kereta serta harta benda orang-orang awam dan kakitangan sekolah yang tinggal di kuarters sekolah. selain itu, dua pondok dan kolam perhiasan sekolah telah tercabut semua dengan tiang-tiang besi. Semua pagar chainlink sekolah tercabut dan dihanyutkan oleh ombak. fail-fail, perabot seperti kerusi, meja, rak-rak fail, peralatan IT seperti komputer, printer, modem wifi, mesin photostat, telefon faks telah rosak teruk. 90% bilik darjah juga dimasuki air berlumpur, beberapa dinding bangunan sekolah pecah dan sebuah bangunan kayu kelas RBT telah hancur, pecah, total loss.

Dianggarkan lebih dari RM200,000.00 kerugian kerosakan yang dialami sekolah akibat bencana ini, dan ramai NGO-NGO seperti dari PESAN, Borneo Dayak, Mercy Malaysia dan banyak lagi telah datang membantu membersihkan sekolah serta menderma pelbagai bentuk bantuan termasuklah bantuan bakul makanan, selain itu juga Pihak polis dari IPD Penampang, Bomba Penampang, Majlis Daerah Penampang telah datang memantau serta membantu apa yang perlu. Ketua Menteri juga datang melawat dan memberikan bantuan kepada penduduk kampung yang terjejas.

Kami dari warga SK Sugud mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu meringankan beban akibat bencana ini serta memberikan sumbangan ikhlas.

Lampiran bergambar