Thursday, September 23, 2010

PROGRAM MAJLIS RESTU ILMU 2010





Majlis Restu Ilmu yang telah dirancang telah dilaksanakan pada hari yang telah ditetapkan. Program ini diadakan pada 3.9.2010, bertempat di Dewan Kg. Sugud. Majlis ini bermula pada pukul 08.15 pagi dimana murid-murid dan ibu bapa mengambil tempat masing-masing di dewan. Taklimat ringkas berkaitan dengan peraturan dan disiplin yang patut dipatuhi oeh murid-murid supaya program dapat dijalankan dengan lancar.

Sebelum program dimulakan, majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Muhamad Syukri. Selesai bacaan doa dari Ustaz Muhamad Syukri, majlis ini disusuli dengan sesi mendengar rakaman ceramah Dr. Haji Fadhilah Kamsah dan diikuti dengan tayangan video. Seterusnya, majlis ini disusuli dengan ucapan wakil calon UPSR, dan Encik Kasbulah Mangun (guru besar) selaku penasihat untuk majlis Restu Ilmu 2010.

Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar walaupun ceramah agak lewat dimulakan. Berikut antara gambar-gambar sepanjang aktiviti dijalankan

PROGRAM

Gambar 1 : Ibu bapa dan murid sedang mendaftar
Gambar 2: Antara Ibu bapa yang hadir

PROGRAM MAJLIS RESTU ILMU 2010