Monday, October 11, 2010

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2010

Sepanjang bulan Ogos dan September pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi memenuhi bulan kemerdekaan tahun 2010. Antara aktiviti yang dijalankan iaitu pertandingan Bintang Merdeka, pertandingan menulis esei, pertandingan mewarna tahap 1, pertandingan Melukis Poster tahap 2, pertandingan Jejak Maklumat, Mengira Bendera, Kad Ucapan Kreatif dan pelbagai lagi pertandingan dijalankan.

Tempoh bulan kemerdekaan selama 1 bulan kini menutup tirainya. Sk Sugud tidak ketinggalan untuk melangsungkan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan. Majlis Penutupan ditetapkan pada 29 September 2010 yang bertemakan 1 Malaysia Menjana Transformasi.

Sambutan bulan kemerdekaan ini dimulakan pada jam 7.00 pagi yang dimulai dengan senamrobik bagi membuat persiapan tenaga untuk larian bendera dari Sk Sugud ke tapak yang telah ditetapkan. Semua warga SK Sugud mengambil bahagian dalam larian ini. Sejurus larian bendera, semua warga SK Sugud berkumpul di tapak perhimpunan untuk meneruskan upacara.

Selepas acara di tapak perhimpunan semua warga SK Sugud bergerak ke dewan untuk meneruskan upacara gilang gemilang yang semestinya menjadi penantian bagi semua murid-murid. Sudah semestinya murid-murid yang mengikuti pertandingan dan aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan tidak sabar menunggu keputusan pemenang bagi setiap pertandingan disertai.

Upacara penutupan bulan kemerdekaan dapat dijalankan dengan lancar dengan kerjasama yang baik dari semua pihak. Majlis berakhir pada jam 12.50 tengah hari.

Berikut antara gambar kenang-kenangan sempena bulan kemerdekaan 2010 untuk tatapan semua.


AKTIVITI DI LUAR DEWAN (Gelagat warga SK Sugud)


LARIAN BENDERA

SUASANA DI DALAM DEWAN


Ucapan dari Guru Besar

Bacaan Doa dari Ustaz Muhd Syukri
Wajah-wajah anak merdeka



Penyanyi yang di import



Masa untuk rehat


Antara pemenang-pemenang yang menerima hadiah



Persembahan dari si celik

Thursday, September 23, 2010

PROGRAM MAJLIS RESTU ILMU 2010





Majlis Restu Ilmu yang telah dirancang telah dilaksanakan pada hari yang telah ditetapkan. Program ini diadakan pada 3.9.2010, bertempat di Dewan Kg. Sugud. Majlis ini bermula pada pukul 08.15 pagi dimana murid-murid dan ibu bapa mengambil tempat masing-masing di dewan. Taklimat ringkas berkaitan dengan peraturan dan disiplin yang patut dipatuhi oeh murid-murid supaya program dapat dijalankan dengan lancar.

Sebelum program dimulakan, majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Muhamad Syukri. Selesai bacaan doa dari Ustaz Muhamad Syukri, majlis ini disusuli dengan sesi mendengar rakaman ceramah Dr. Haji Fadhilah Kamsah dan diikuti dengan tayangan video. Seterusnya, majlis ini disusuli dengan ucapan wakil calon UPSR, dan Encik Kasbulah Mangun (guru besar) selaku penasihat untuk majlis Restu Ilmu 2010.

Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar walaupun ceramah agak lewat dimulakan. Berikut antara gambar-gambar sepanjang aktiviti dijalankan

PROGRAM

Gambar 1 : Ibu bapa dan murid sedang mendaftar
Gambar 2: Antara Ibu bapa yang hadir

PROGRAM MAJLIS RESTU ILMU 2010