Sunday, July 4, 2010

POST MORTEM ANALISIS PERBANDINGAN AKADEMIK SEMESTER 1


Pada 1 Julai 2010, SK.Sugud telah menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai dari PPD, Penampang untuk meninjau post mortem analisis perbandingan pencapaian akademik semester 1. Majlis dimulakan dengan ucapan guru besar SK.Sugud yang mengalu-alukan kedatangan para pegawai yang hadir. Antara perkara utama yang dibentangkan adalah analisis peperiksaan semester 1 bagi tahun 1 hingga 5 yang disampaikan oleh penolong kanan 1. Kemudian diikuti oleh analisis perbandingan peperiksaan semester 1 tahun 6 dan perbandingan KPI UPSR 2010 oleh ketua-ketua panitia. Selain itu, turut dibentangkan adalah analisis ujian saringan 1 literasi tahun 1 2010. Majlis bermula pada jam 12.30 tengahari dan berakhir pada jam 2.30 petang. Para tetamu turut dihidangkan dengan jamuan makan yang telah disediakan oleh pihak SK.Sugud.













Perbentangan daripada ketua panitia Bahasa Melayu






Perbentangan daripada ketua panitia Sains

No comments: