Tuesday, October 12, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA / KOKURIKULUM 2010

Menjelang sudah hari yang di nantikan oleh semua warga SK Sugud untuk meraikan sambutan Hari Raya dan juga rumah terbuka bagi badan-badan beruniform di sekolah. Antara badan beruniform yang mengambil bahagian iaitu Tunas Puteri Kadet, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pengakap.

Majlis ini dimulakan pada jam 7.00 pagi dengan alunan muzik raya dan pelbagai lagi. Sudah semestinya majlis ini tidak ceria sekiranya kelibat murid-murid yang mencuit hati dengan gaya dan penampilan yang melucukan.

Untuk memulakan majlis sambutan tersebut, bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Muhd Syukri seterusnya ucapan daripada pengerusi program dan juga guru besar SK Sugud.

Majlis terus disambung dengan aktiviti makan dan berakhir pada jam 12 tengah hari



ACARA MAKAN-MAKAN












TESTING-TESTING........






PERSIAPAN MENJELANG MAJLIS







AKSI-AKSI HARI RAYA

No comments:

Post a Comment